Posted on 19-06-2009
Filed Under (Program) by upsm

Alhamdulillah Sambutan Ulangtahun UPSM ke 23 dan Hari Keluarga UPSM berjalan dengan lancar.Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini diadakan di KM Chalet, Melaka.Apa yang menarik tentang Hari Keluarga kali ini adalah kehadiran senior terdahulu iaitu Abang Wan Rafik dan Abang Murad.Malah, pengasas UPSM, Encik Jamal Ali turut datang memeriahkan acara.Seperti biasa, senior dari bacth 16 dan 18 yang tidak jemu-jemu memberi sokongan setiap kali Hari Keluarga UPSM diadakan.

Di sebelah pagi Ahad, Encik Jamal Ali telah memberikan ucapan, menceritakan sejarah penubuhan UPSM dan memberi nasihat dan pandangan ke atas hala tuju UPSM selepas ini.Bagi adik-adik junior, kehadiran pengasa UPSM sudah pasti membangkitkan semangat untuk terus berjuang dalam UPSM.Bicara UPSM telah disampaikan oleh Abang Murad pada malam sebelumnya.

Abang Wan Rafik, Kak Su, Khuzaimah = 3 generasi UPSM yang berbeza ;)

Terima kasih diucapkan kepada para senior kerana telah datang memberikan sokongan.Semoga ukhwah yang terjalin berkekalan sampai bila-bila.Kepada adik-adik batch 21 dan 22, tahniah diucapkan atas usaha keras adik-adik menjadikan Hari Keluarga UPSM 2009 satu kenyataan.

Disediakan oleh : SITI NURSYAHIDAH MOHAMAD KHALIL

(3) Comments    Read More   
Posted on 18-06-2009
Filed Under (Program) by upsm

Delegasi Bumi Borneo berjalan dengan lancar tempoh hari. Antara subprogram yang diadakan adalah lawatan ke rumah anak-anak yataim Tambunan, lawatan dan gotong-royong di Hospital Queen Elizabeth, Program motivasi di SMKA Kota Kinabalu, lawatan ke Poring Hot Spring, lawatan ke Kundasang, lawatan ke Taman Buaya Tuaran, Aktiviti snorkeling di Pulau Manukan dan White Water Rafting di Sg. Kiulu .

(1) Comment    Read More   

DELEGASI BUMI BORNEO 2009

Delegasi UPSM bergegar lagi dan kali ini bakal menerjah Sabah, negeri di bawah bayu. Setelah setahun menyepi tanpa program ke luar semenanjung, delegasi kali ini akan bertolak seawal 11hb Mei 2009 dan pulang pada 18 Mei 2009. Sementara delegasi ini menabur bakti kepada masyarakat Sabah, perkampungan UPSM tetap akan diteruskan dengan bantuan beberapa orang ahli Batch 20 dan 21 yang tidak dapat turut serta. Doakan delegasi ini dapat menjalankan misi dengan cemerlang dan pulang dengan selamat!Amin. Nantikan laporan dari para delegasi!

HARI KELUARGA UPSM

Acara tahunan ini bakal diadakan lagi seperti butiran berikut;

TARIKH  : 13-14 JUN 2009

TEMPAT : KM CHALET, BATU 32, KG. BALIK BUKIT,

KUALA LINGGI, 78200 KUALA SUNGAI BARU, MELAKA

Sebarang kekeliruan bolehlah menghubungi :

Saudari Mc Zie 0179030629 atau

Saudara Aza 0123123521

Buat masa ini pihak AJK masih lagi dalam proses menghubungi para super duper senior untuk jemputan ke Hari Keluarga. Pihak AJK berbesar hati jika ada yang masih belum menerima jemputan untuk terus menghubungi pihak AJK agar Hari Keluarga kali ini dapat mengumpulkan sebanyak mungkin ahli UPSM khusunya para super duper senior. (^_^)

Setiap tahun pihak AJK tidak senang duduk menghubungi seramai senior yang mungkin. Mungkin rezeki kurang tahun lepas, tahun ini kita akan cuba pastikan super duper senior lebih ramai yang turun. Ramai yang sudah merindui super duper senior kita. Sabar ye, InsyaAllah kami akan cuba bawa mereka ke Hari Keluarga kali ini.

Selamat menjalankan tugas diucapkan kepada AJK  Family Day!!

KURSUS-KURSUS UNTUK UPSM TAHUN 1

Kepada ahli-ahli UPSM tahun 1, seperti yang telah dimaklumkan, kursus Jatidiri dan Induksi akan diadakan ketika perkampungan kali ini. Jangan terlepas walau satu kursus sekali pun. Jika anda terlepas, anda akan mengalami kerugian yang amat hebat. Jadi pastikan anda menyusun jadual sebaik mungkin!

(1) Comment    Read More   
Posted on 04-04-2009
Filed Under (Pengumuman) by upsm

Sudah lama laman sesawang ini tidak dikemaskini.Kebelakangan ini semakin sukar pihak admin laman UPSM untuk masuk ke laman ini.Masalah teknikal barangkali.Selamat menyiapkan projek tahun akhir buat para pelajar tahun akhir dan untuk seluruh warga UKM khususnya UPSM, selamat membuat persediaan rapi untuk peperiksaan akhir tahun nanti.

Perkampungan UPSM akan berlangsung seperti biasa.UPSM sentiasa mengisi masa lapang ahli-ahlinya dengan pelbagai program yang berkualiti.Berikut adalah serba sedikit maklumat mengenai Perkampungan UPSM:


Tarikh  :  11 Mei 2009 - 14 Jun 2009

Tempat  Penginapan  :  Kolej Ungku Omar

Tempat program  :  UKM ( lokasi utama )

Bayaran  : TIADA.PERCUMA!

Kepada adik-adik tahun 1, cepat daftarkan diri.Tempat tak pernah terhad tapi,untuk kemudahan semua pihak, lakukan pendaftaran percuma.Terdapat pelbagai program menarik yang disusun khas untuk adik-adik!

(5) Comments    Read More   

Terdapat pelbagai aktiviti menarik sepanjang Jejak Usahawan berlangsung pada 2 hingga 6 MAC 2009 diadakan. Diantara aktiviti - aktiviti ini adalah seperti berikut :

XPLORACE JUSA

PENDAFTARAN PESERTA

PENUTUPAN XPLORACE JUSA

(0) Comments    Read More   
Posted on 05-03-2009
Filed Under (Umum) by upsm

TENTATIF PROGRAM

JEJAK USAHAWAN (JUSA)

URUSETIA PEMBANGGUNAN SUMBER MANUSIA (UPSM)

TARIKH DAN MASA

PROGRAM

TEMPAT

2 MAC 2009 (ISNIN)

8.30 pagi - 1 ptg

8.00 pagi - 5 ptg



Seminar Keusahawana

Jualan dan Pameran

Perpustakaan

Tun Seri Lanang

(PTSL).

Pusanika

3 MAC 2009 (SELASA)

8.30 pagi - 1 ptg

8.00 pagi - 5 ptg


Bengkel ICT 1

Jualan dan Pameran

Bilik Siber,

Perpustakaan

Tun Seri Lanang

(PTSL).

Pusanika

4 MAC 2009 (RABU)

8.30 pagi - 1 ptg

8.00 pagi - 5 ptg

Bengkel ICT 2

Jualan dan Pameran

Bilik Siber,

Perpustakaan

Tun Seri Lanang

(PTSL).

Pusanika

5 MAC 2009 (KHAMIS)

8.30 pagi - 1.00 ptg

8.00 pagi - 5.00 ptg

2.00 ptg - 5.00 ptg

Bengkel Pertanian

Jualan dan Pameran

Xplorace keusahawanan

Perpustakaan

Tun Seri Lanang

(PTSL).

Pusanika

Sekitar UKM

6 MAC 2009 (JUMAAT)

9.00 pagi

Majlis penutupan Jejak Usahawan UKM

Pusanika

Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi:

Saudara Mohd Othman bin Buhiran - 0173271726
Saudara Mohd Azlan bin Jaafar - 0123787996

(0) Comments    Read More   

PROGRAM SELANGKAH KE MENARA GADING (PROSEL) diadakan pada 27 Februari sehingga 1 Mac 2009. Program ini diadakan untuk  memotivasikan pelajar - pelajar tingkatan 5 dari 2 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku dah Sekolah Menengah Kebangsaan Orang Kaya Haji dari Kuala Lipis, Pahang. Ia diadakan untuk memberi pendedahan dan motivasi kepada pelajar - pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi SPM pada tahun ini. Ia diadakan atas kerjasama Urusetia Pembanggunan Sumber Manusia  (UPSM) dan Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel). Program ini bermula seawal 3.00 petang Jumaat dengan pendaftaran di Kem Semai Simoi, Sg. Koyan, Pahang sehingga sesi penutup 2.30 petang pada hari Ahad. Seramai 38 orang peserta yang menjayakan PROSEL dan program ini diuruskan oleh 8 orang Fasilitator UPSM dan 11 orang Urusetia yang menbantu dalam pelbagai tugasan. Diantara program yang diadakan adalah sesi Ta’aruf, Ceramah Motivasi, Tazkirah, Jadual Waktu berkesan, Senaman dan Regangan, Malam Kebudayaan, Perancangan akademik masa depan, Aktiviti berkumpulan yang membina Jati diri pelajar.

SESI MOTIVASI

MAKAN BERKUMPULAN

PESERTA PROSEL

URUSETIA PROSEL

BERSAMA ANAK ORANG ASLI KEM SEMAI SIMOI

(0) Comments    Read More   

PROGRAM MOTIVASI ANAK-ANAK KAKITANGAN UKM (PROMAK) diadakan pada 28 Februari sehingga 1 Mac 2009. Program ini diadakan untuk  memotivasikan anak-anak kakitangan UKM yang akan menghadapi UPSR,PMR dan SPM. Ia diadakan atas kerjasama Urusetia Pembanggunan Sumber Manusia  (UPSM) dan Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel). Program ini bermula seawal 8.00 pagi Sabtu dengan pendaftaran di Pusanika sehingga sesi penutup 12.00 tengahari pada hari Ahad. Ia dijalankan di Hutan Penyelidiakan Alam (HPA), UKM. Seramai 46 orang peserta yang menjayakan PROMAK terdiri dari sekolah Rendah dan Menengah. Program ini diuruskan oleh 10 orang Fasilitator UPSM dan 15 orang Urusetia yang menbantu dalam pelbagai tugasan. Diantara program yang diadakan adalah sesi Ta’aruf, Laluan berhalang, Tazkirah, Motivasi,Jadual Waktu berkesan, perancangan akademik masa depan.

AKTIVITI SENAMAN PETANG

AKTIVITI REGANGAN

PEBENTANGAN KUMPULAN

BARISAN FASILITATOR PROMAK

PESERTA PROMAK

(0) Comments    Read More   
Posted on 20-02-2009
Filed Under (Umum) by upsm

Inilah dia hasil karya pemenang Poster Digital MITRAD V dengan temanya “Kitar Semula Komponen CPU dan Alat Elektrik”.Tahniah diucapkan !

Pemenang tempat pertama:

Azmi bin Omar

FTSM/3

 

Pemenang Tempat Kedua :

Nur Adilah Mat

FTSM/1

(0) Comments    Read More   
Posted on 14-02-2009
Filed Under (Pengumuman) by upsm

 

(0) Comments    Read More